Assalam'ualaikum, post kli ni agak pelik (mungkin bg korang ia post yang teruk)..
SAYA HARAP SAYA DAPAT KELUAR DARI RUMAH NI SECEPAT YANG MUNGKIN DAN SAYA MAHU PERGI TEMPAT YANG SANGAT JAUH DIMANA TIADA SESIAPA PUN KENALI SAYA..
kenapa kite ckp mcm tu? sebab kita da xtahan untuk hadapi semua ini. memang betul ape yg awak cakap, saya sememangnya putus asa. saya tahu tuhan tidak suka pada orang yang putus asa. saya putus asa sebab saya sedar yang saya tidak layak hadapi dugaan yang die beri.
saya seorang yang cuai dan sering lakukan kesilapan dan tidak terimanya dengan baik kerana saya rasa takut dan rasa bersalah. setiap kali saya menjadi/ lakukan kesilapan pasti ada yang membenci saya. saya juga takut membuat keputusan apabila saya membuat/memberi keputusan pasti ada yang membenci saya. contoh, ibu bapa saya. mereka tnaya apa cita-cita saya apabila besar. saya cakap, saya nak jadi juru animasi. mereka tidak terimanya dan mereka benci dan memperburukkan diri saya pada adik-adik saya. saya nak tanya adakah ia salah. mereka suruh saya lakukan apa yang mereka mahu dan mereka tanya saya boleh atau tidak. saya jawab tidak kerana apa yang mereka mahu saya lakukan bukan kemampuan saya dan apa yang saya dapat dari mereka? tinggal dirumah ni seperti orang asing. seperti tiada kedudukan dan hak didalam rumah ni. saya tahu, saya berbeza dan awak/mereka pasti akan membenci saya.
No comments:
Post a Comment